Friday, May 18, 2007

Pertandingan Memancing Terbuka


Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis
Menganjurkan Perandingan Memancing Sempena Peringatan Hari Polis Ke- 200
Bertempat di Kolam Kampung Melaka Khecau Padang Tengku Kuala Lipis Pahang
Tarikh : Pada 10 Jun 2007 (Ahad) 0900 hingga 01.00 petang

HADIAH PERTAMA : RM 8.000.00
HADIAH KEDUA : RM 3.000.00
HADIAH KETIGA : RM 1.000.00

4. 500.00 11. 80.00 1 Cabutan Hadiah Motosikal
5 200.00 12. 80.00 20 cabutan hamper
6 100.00 13. 80.00
7 100.00 14. 80.00
8 100.00 15. 80.00 TIKET RM 80.00

Syarat-syarat Pertandingan
- Katogori Berat
- Spesis Tongsan tidak layak menang hadiah utama
- Pelampung tidak dibenarkan
- Terbuka kepada semua golongan (Terbuka)
- Bebas terkena mana-mana bahagian ikan
- Satu pancing perambut bebas kecuali:
- Mata cabang tiga
- Perambut Apollo
- Mata cabang tiga dilarang
- Berhak memenaggi seberapa hadiah
- Pancing hendak dibawa sekali semasa di timbang sebelum siren penamat
- Usus haiwan dilarang
- Bantahan mesti disertakan RM 100
- Ikan yang layak hadiah utama tidak boleh memenangi hadiah sepsis
- Sekiranya pemancing melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak penganjur
berhak membatalkan penyertaan anda.
- Keputusan pengadill adalah muktamat


Untuk keterang lanjut hubungi 019 9626451 013 9110066 09 3121109

Saturday, May 12, 2007

Potensi Ikan Haruan

Wan Yusof Zakaria Pengusaha Cheroh Aquatik Sdn Bhd

MENGURANGKAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN
"Penemuan kami menunjukkan bahawa haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan," katanya.Beliau berkata dari ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.Prof Abdul Manan berkata penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia, yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan, dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.Beliau berkata lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.Prof Abdul Manan berkata penemuan ini memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu."Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia," katanya.
MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN BERASASKAN HARUAN
"Isinya yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang menjanjikan," kata Prof Abdul Manan.Beliau berkata ikan haruan mempunyai potensi untuk industri makanan kesihatan kerana ia boleh dijadikan bebola ikan, sosej, salami atau filet."Saya berharap untuk melihat haruan sebagai ikan yang boleh diguna secara meluas dalam kehidupan seharian kita dan secara komersial. Kita sepatutnya dengan bangga meletakkan haruan pada paras yang setidak-tidaknya sama dengan salmon atau trout," kata Prof Abdul Manan dan menambah kata beliau sedang melihat kemungkinan untuk memperkenalkan haruan sebagai satu komponen klinikal.Prof Abdul Manan memenangi pingat gangsa Anugerah Mindex-Innotex untuk produk penjagaan kulit berasaskan haruan pada 1996 dan satu lagi pingat gangsa daripada Institut BioSains UPM pada 2004.
PERMINTAAN TINGGI
Manakala Ketua Eksekutif Cheroh Aquatic Sdn Bhd, Wan Jusoh Zakaria, dari Raub mengakui khasiat ikan haruan memang diketahui umum dan ia mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk berbanding bujuk dan toman.Beliau mengakui hanya haruan jenis biasa bersaiz antara 300 dan 500 gram dan yang hidup di habitat semula jadi paling digemari orang ramai.Wan Jusoh berkata pasaran ikan atau benih ikan haruan terutama di kalangan penternak dari dahulu hingga sekarang amat menggalakkan hingga kadang-kadang tidak mencukupi.Bagaimanapun tidak ramai pengusaha yang berjaya menternak ikan haruan secara komersial kerana ia memerlukan kepakaran yang tersendiri tentang ikan itu."Selangor merupakan pengeluar terbesar ikan haruan secara komersial dengan Rawang banyak menghasilkannya," katanya.Wan Jusoh juga mengakui bahawa permintaan tempatan untuk ikan haruan mencapai jumlah puncak yang baru seperti yang dapat dilihat dengan permintaan yang memberangsangkan untuk filet haruan oleh masyarakat Malaysia.

Wednesday, May 9, 2007

Harga Keli dan Bahan/Pallet Makanan


Ikan Keli Padang Tengku diusahakan oleh penduduk kampung Beralas berharga
RM 5.00 - 1 kg boleh ditempah terus melalui talian di bawah. Ianya merupakan produk halal, kandungan/pallet makanan seperti foto di atas. Tidak diberi makan selain pallet di atas.

Ikan keli


KELI mirip ikan baung (Mystus spp.) atau semilang laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Keajaiban ini kerana terdapat organ ‘arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air, asalkan insangnya berkeadaan lembap. Terdapat beberapa spesies keli yang popular dan mendapat tempat sebagai ternakan komersil. Antaranya, keli kayu (Clarias batracus), keli bunga (Clarias macrocephalus) dan keli eksotika (Clarias gariepinus). Paling popular keli eksotika kerana ia mudah diternak secara komersil. Namun, bagi keli kayu atau bunga sukar diperoleh kerana habitatnya di sawah padi, parit, tali air, tasik atau anak sungai. 1. Sifat - Berbadan bulat tanpa sisik. Kulit berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri. Keli bermisai lebat dan lebih cantik daripada tapah (Wallago spp.) yang bermisai jarang, kusut masai dan tidak terurus. Ia dikelaskan sebagai ikan demersal yang karnivor bermulut lebar. Gemar menyendiri dengan membenamkan diri dalam lumpur atau lubang tanah di tebing batas padi. Tabiatnya hampir sama dengan tapah, bujuk (Channa lucius), ketutu (Oxyeleotris marmoratus) atau ikan sebelah laut (Pseudorhombus spp.). Ia hanya keluar dari kubu persembunyian untuk mencari makan atau menghirup udara (oksigen) segar di permukaan air. 2. Pemakanan - Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, cacing tanah atau serangga. Keli turut menjadi sumber pemakanan kepada pemangsa lain yang lebih perkasa seperti tapah (Wallago spp.) atau toman (Channa micropeltes). 3. Habitat - Ia lebih menggemari lubuk tenang dengan dasar berlumpur sebagai sarang. Lazimnya, keadaan air pH7 dengan keliatan 12 adalah paling sesuai. Bahkan, ia boleh hidup selesa pada suhu air persekitaran 28 darjah selsius dan mampu membesar sehingga lebih 35 sentimeter. 4. Lokasi - Lubuk, paya, anak sungai atau tasik berair tenang menjadi pilihan keli bersarang. Ini kerana sifatnya tidak gemar bergerak seperti ikan kap kepala besar (Aristichthys nobilis), ikan mas (Carassius auratus) atau sia (Mystacoleucus marginatus). Di Pahang, ia boleh ditemui di serata tempat terutama di sawah padi di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Bahkan, ia mendiami Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Serting. 5. Pembiakan -Di habitat asal ia menjalani pembiakan semula jadi di paya, tasik atau lombong terbiar. Pembiakan keli tidak sukar. Justeru, banyak pusat penetasan muncul menjalankan aktiviti ini. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah aruhan atau pengambilan kelenjar pituitari. Kaedah aruhan dilakukan dengan menyuntik induk matang dengan hormon ovaprim atau hormon korionik gonadotropin (HCG). Suntikan dilakukan bertujuan mempengaruhi berlakunya proses ovulasi, iaitu penceraian sarung sel ovum. Kaedah pituitari dilakukan dengan memotong kepala induk jantan atau betina untuk mendapatkan kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak. Ia perlu dilakukan dengan lebih teliti sebab memkhinzirtkan kemahiran teknikal tinggi. Semua kaedah ini banyak dilakukan di Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan Bukit Tinggi, Bentong untuk menghasilkan benih keli bermutu. 6. Menangkap - Banyak kaedah menangkap keli boleh dilakukan. Paling mudah, menggunakan pancing, jaring, bubu umpan, serkap atau memedap. Untuk memancing, umpan cacing tanah paling mustajab. Ini berikutan di habitat asal pun ia mengorek lubang untuk memburu cacing selain sebagai tempat kediaman. Penggunaan jaring sesuai di tali air, paya, tasik atau lubuk. Jaring tangsi ditahan di sepanjang tebing dan biarkan semalaman. Lazimnya, keli lebih aktif waktu malam dan ia mula keluar memburu makanan dengan menyusur tebing lalu tersangkut pada jaring. Bubu berumpan anak sepat bakar atau ikan baja sesuai digunakan di tasik atau lubuk dalam. Bau sepat bakar atau ikan baja mampu membangkitkan seleranya untuk membaham umpan dihidangkan. Cara ini bukan saja keli yang terperangkap, bahkan baung, ketutu, belut (Monopterus alba) atau udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Sementara serkap dilakukan di sawah padi ketika air dikeringkan. Kaedah ini begitu popular dan banyak diamalkan petani di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 7. Pemuliharaan sumber - Keli asli (liar) mengalami kepupusan serius. Selama ini ia mudah dijumpai di sawah padi, tali air atau dipancing di parit tepi jalan, kini terlalu sukar ditemui. Keadaan ini berlaku akibat penggunaan racun serangga secara meluas tanpa kawalan oleh petani sekali gus menyebabkan banyak ikan sawah seperti keli, sepat (Trichogaster trichopterus), puyu (Anabas testudineus), haruan (Channa striatus) atau sepilai (Betta pugnux) terkorban. Sepatutnya, teknik ternakan ikan dalam sawah padi untuk menangkis serangan serangga perlu diamalkan secara bijak. Anak ikan kecil boleh dilepaskan sewaktu petak sawah mula dimasukkan air. Ikan ternakan (keli, sepat atau puyu) akan bertindak memakan serangga sekali gus mengawal perosak. Di samping itu, pesawah juga dapat menikmati hasil tuaian padi bersama ikan. 8. Resipi - Paling tersohor ialah keli masak goreng berlada. Resepi ini sering dijual di kedai makan serata tempat. Keli goreng berlada mampu mencecah RM2.50 hingga RM3 seekor berbanding harga basah hanya RM5 sekilogram. Tetapi keli percik paling popular sepanjang Ramadan dan mendapat permintaan tinggi. Tidak kurang popular keli gulai lemak masak tempoyak. Untuk membangkitkan aromanya masukkan sedikit daun kesum atau bunga kantan. Bau harum bunga kantan atau daun kesom mampu menaikkan selera mereka yang tercium baunya. Bagi masakan moden, keli panggang ala Thai paling istimewa. Bahan yang sering

Tuesday, May 8, 2007

Pertanian dan Realiti Sebenar


Bidang pertanian boleh dikatakan sebagai bidang yang mudah dipelajari dan diparktikan. Bidang ini tidak sesukar bidang-bidang lain yang memerlukan kemahiran tinggi dan ketelitian yang mendalam. Namun, hakikatnya bidang ini tidak dapat lari daripada bidang lain -lain yang berkaitan, iaitu bidang perniagaan.

Jika ingin mencipta kekayaan dalam bidang pertanian, kita harus mendalami bidang pengurusan dan pemasaran. Di Malaysia, kebanyakan petani bumiputera dikategorikan sebagai golongan miskin, sedangkan petani bukan bumiputera mempunyai pendapatan yang lebih baik, malah terdapat dalam kalangan mereka yang mampu mencapai status orang kaya.

Sebenarnya, bidang pertanian tidak banyak bezanya dengan perniagaan konvensional yang lain. Ianya memerlukan perancangan, modal, pemasaran, pengurusan, aliran tunai, dan faktor-faktor lain. Sering kali timbul keadaan yang mana orang tengah yang lebih berkuasa dalam menentukan pasaran dan tidak perlu bersusah payah seperti penternak dan petani yang membanting tulang empat kerat.

Untuk menyelesaikan masalah pemasaran adalah dicadangkan agar kerajaan menubuhkan Badan Pemasaran Produk Pertanian secara lebih menyeluruh dan profesional. Sebelum kita bercakap tentang pulangan yang lebih baik dalam perniagaan pertanian, kita harus bercakap soal pemasaran terlebih dahulu; mengenal pasti sumber bekalan dan mengenalpasti permintaan. Badan-badan pemasaran pertanian, sebenarnya harus mengambil langkah proaktif, dengan mendekati para petani, menjadi mentor dengan memberi nasihat dan pandangan. Paling utama menjalankan kerja-kerja pemasaran untuk mereka. Kerana kebanyakan mereka yang kita maklum bukan dari golongan yang berpendidikan tinggi. Mereka masih lagi tidak mahir berkenaan dengan pemasaran. Sungguhpun mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam pertanian.

Keli dalam Kanvas



Ternakan ikan keli ini diusahakan oleh penduduk kampung Beralas Padang Tengku dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Lipis. Ikan keli ini merupakan ikan yang diurus mengikut kehendak Jabatan Pertanian dengan memberi jadual permakanan yang telah ditetapkan dan juga bersih mengikut produk halal. Harga telah ditetapkan atau menghubungi terus pengurus pemasarran;
hubungi...!
En Ismail tel : 012 9048345 atau, e-mel nanzl@yahoo.com.my