Wednesday, May 9, 2007

Ikan keli


KELI mirip ikan baung (Mystus spp.) atau semilang laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Keajaiban ini kerana terdapat organ ‘arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air, asalkan insangnya berkeadaan lembap. Terdapat beberapa spesies keli yang popular dan mendapat tempat sebagai ternakan komersil. Antaranya, keli kayu (Clarias batracus), keli bunga (Clarias macrocephalus) dan keli eksotika (Clarias gariepinus). Paling popular keli eksotika kerana ia mudah diternak secara komersil. Namun, bagi keli kayu atau bunga sukar diperoleh kerana habitatnya di sawah padi, parit, tali air, tasik atau anak sungai. 1. Sifat - Berbadan bulat tanpa sisik. Kulit berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri. Keli bermisai lebat dan lebih cantik daripada tapah (Wallago spp.) yang bermisai jarang, kusut masai dan tidak terurus. Ia dikelaskan sebagai ikan demersal yang karnivor bermulut lebar. Gemar menyendiri dengan membenamkan diri dalam lumpur atau lubang tanah di tebing batas padi. Tabiatnya hampir sama dengan tapah, bujuk (Channa lucius), ketutu (Oxyeleotris marmoratus) atau ikan sebelah laut (Pseudorhombus spp.). Ia hanya keluar dari kubu persembunyian untuk mencari makan atau menghirup udara (oksigen) segar di permukaan air. 2. Pemakanan - Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, cacing tanah atau serangga. Keli turut menjadi sumber pemakanan kepada pemangsa lain yang lebih perkasa seperti tapah (Wallago spp.) atau toman (Channa micropeltes). 3. Habitat - Ia lebih menggemari lubuk tenang dengan dasar berlumpur sebagai sarang. Lazimnya, keadaan air pH7 dengan keliatan 12 adalah paling sesuai. Bahkan, ia boleh hidup selesa pada suhu air persekitaran 28 darjah selsius dan mampu membesar sehingga lebih 35 sentimeter. 4. Lokasi - Lubuk, paya, anak sungai atau tasik berair tenang menjadi pilihan keli bersarang. Ini kerana sifatnya tidak gemar bergerak seperti ikan kap kepala besar (Aristichthys nobilis), ikan mas (Carassius auratus) atau sia (Mystacoleucus marginatus). Di Pahang, ia boleh ditemui di serata tempat terutama di sawah padi di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Bahkan, ia mendiami Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Serting. 5. Pembiakan -Di habitat asal ia menjalani pembiakan semula jadi di paya, tasik atau lombong terbiar. Pembiakan keli tidak sukar. Justeru, banyak pusat penetasan muncul menjalankan aktiviti ini. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah aruhan atau pengambilan kelenjar pituitari. Kaedah aruhan dilakukan dengan menyuntik induk matang dengan hormon ovaprim atau hormon korionik gonadotropin (HCG). Suntikan dilakukan bertujuan mempengaruhi berlakunya proses ovulasi, iaitu penceraian sarung sel ovum. Kaedah pituitari dilakukan dengan memotong kepala induk jantan atau betina untuk mendapatkan kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak. Ia perlu dilakukan dengan lebih teliti sebab memkhinzirtkan kemahiran teknikal tinggi. Semua kaedah ini banyak dilakukan di Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan Bukit Tinggi, Bentong untuk menghasilkan benih keli bermutu. 6. Menangkap - Banyak kaedah menangkap keli boleh dilakukan. Paling mudah, menggunakan pancing, jaring, bubu umpan, serkap atau memedap. Untuk memancing, umpan cacing tanah paling mustajab. Ini berikutan di habitat asal pun ia mengorek lubang untuk memburu cacing selain sebagai tempat kediaman. Penggunaan jaring sesuai di tali air, paya, tasik atau lubuk. Jaring tangsi ditahan di sepanjang tebing dan biarkan semalaman. Lazimnya, keli lebih aktif waktu malam dan ia mula keluar memburu makanan dengan menyusur tebing lalu tersangkut pada jaring. Bubu berumpan anak sepat bakar atau ikan baja sesuai digunakan di tasik atau lubuk dalam. Bau sepat bakar atau ikan baja mampu membangkitkan seleranya untuk membaham umpan dihidangkan. Cara ini bukan saja keli yang terperangkap, bahkan baung, ketutu, belut (Monopterus alba) atau udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Sementara serkap dilakukan di sawah padi ketika air dikeringkan. Kaedah ini begitu popular dan banyak diamalkan petani di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 7. Pemuliharaan sumber - Keli asli (liar) mengalami kepupusan serius. Selama ini ia mudah dijumpai di sawah padi, tali air atau dipancing di parit tepi jalan, kini terlalu sukar ditemui. Keadaan ini berlaku akibat penggunaan racun serangga secara meluas tanpa kawalan oleh petani sekali gus menyebabkan banyak ikan sawah seperti keli, sepat (Trichogaster trichopterus), puyu (Anabas testudineus), haruan (Channa striatus) atau sepilai (Betta pugnux) terkorban. Sepatutnya, teknik ternakan ikan dalam sawah padi untuk menangkis serangan serangga perlu diamalkan secara bijak. Anak ikan kecil boleh dilepaskan sewaktu petak sawah mula dimasukkan air. Ikan ternakan (keli, sepat atau puyu) akan bertindak memakan serangga sekali gus mengawal perosak. Di samping itu, pesawah juga dapat menikmati hasil tuaian padi bersama ikan. 8. Resipi - Paling tersohor ialah keli masak goreng berlada. Resepi ini sering dijual di kedai makan serata tempat. Keli goreng berlada mampu mencecah RM2.50 hingga RM3 seekor berbanding harga basah hanya RM5 sekilogram. Tetapi keli percik paling popular sepanjang Ramadan dan mendapat permintaan tinggi. Tidak kurang popular keli gulai lemak masak tempoyak. Untuk membangkitkan aromanya masukkan sedikit daun kesum atau bunga kantan. Bau harum bunga kantan atau daun kesom mampu menaikkan selera mereka yang tercium baunya. Bagi masakan moden, keli panggang ala Thai paling istimewa. Bahan yang sering

No comments: