Tuesday, May 8, 2007

Pertanian dan Realiti Sebenar


Bidang pertanian boleh dikatakan sebagai bidang yang mudah dipelajari dan diparktikan. Bidang ini tidak sesukar bidang-bidang lain yang memerlukan kemahiran tinggi dan ketelitian yang mendalam. Namun, hakikatnya bidang ini tidak dapat lari daripada bidang lain -lain yang berkaitan, iaitu bidang perniagaan.

Jika ingin mencipta kekayaan dalam bidang pertanian, kita harus mendalami bidang pengurusan dan pemasaran. Di Malaysia, kebanyakan petani bumiputera dikategorikan sebagai golongan miskin, sedangkan petani bukan bumiputera mempunyai pendapatan yang lebih baik, malah terdapat dalam kalangan mereka yang mampu mencapai status orang kaya.

Sebenarnya, bidang pertanian tidak banyak bezanya dengan perniagaan konvensional yang lain. Ianya memerlukan perancangan, modal, pemasaran, pengurusan, aliran tunai, dan faktor-faktor lain. Sering kali timbul keadaan yang mana orang tengah yang lebih berkuasa dalam menentukan pasaran dan tidak perlu bersusah payah seperti penternak dan petani yang membanting tulang empat kerat.

Untuk menyelesaikan masalah pemasaran adalah dicadangkan agar kerajaan menubuhkan Badan Pemasaran Produk Pertanian secara lebih menyeluruh dan profesional. Sebelum kita bercakap tentang pulangan yang lebih baik dalam perniagaan pertanian, kita harus bercakap soal pemasaran terlebih dahulu; mengenal pasti sumber bekalan dan mengenalpasti permintaan. Badan-badan pemasaran pertanian, sebenarnya harus mengambil langkah proaktif, dengan mendekati para petani, menjadi mentor dengan memberi nasihat dan pandangan. Paling utama menjalankan kerja-kerja pemasaran untuk mereka. Kerana kebanyakan mereka yang kita maklum bukan dari golongan yang berpendidikan tinggi. Mereka masih lagi tidak mahir berkenaan dengan pemasaran. Sungguhpun mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam pertanian.

1 comment:

ismail said...

"Projek tersebut tidak dapat dilaksanakan di kawasan yang terdapat dalam gambar. Ianya berpindah di lokasi lain" Sebab org kita ada PHD