Wednesday, November 7, 2007
Tanaman Vanila
anak pokok vanila
di batas tanaman
Projek Vanila Malaysia dirancang untuk memberi peluang kepada petani, peladang dan usahawan menceburi bidang pertanian dan industri asas tani yang mempunyai prospek masa depan yang cerah.Sehubungan itu, beliau menawarkan kepada tuan-tuan tanah khususnya penduduk Felda yang memiliki tanah terbiar untuk mengusahakan projek tanaman vanila ini."Saya fikir bagaimana hendak berkongsi keuntungan yang bakal diperolehi daripada hasil tanaman ini dengan orang lain, kemudian tercetuslah idea peladangan secara kontrak," katanya.Katanya, menerusi konsep tersebut, syarikatnya akan membekalkan benih vanila kepada peladang atau pekebun dan Rentak Timur kemudiannya akan mengutip hasil tuaian vanila kepada pekebun untuk diproses."Kita beri peluang kepada tuan tanah yang ada tanah seekar atau lebih untuk nenanam vanila. Mereka akan dapat pulangan yang tinggi dengan modal yang tidak begitu besar."Harga satu pokok ialah antara RM10 ke RM14 bergantung kepada kualiti. Kalau satu ekar tanah boleh tanam dengan kira-kira 2,000 pokok, mereka hanya perlu modal sekitar RM20,000...sebulan mereka akan raih pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 bersih," katanya.Beliau berkata ladang vanila di Malaysia terletak di beberapa kawasan Felda antaranya di Felda Air Tawar (Johor), Sungai Koyan (Pahang) dan Lembaga Tembakau Negara di Kota Baharu khusus untuk membantu petani Felda menambahkan pendapatan dan mencuba penanaman spesies tumbuhan baru. www. rentaktimur.com.my
Astro New : Penanaman Vanila
Lagi Maklumat Lintah
KUALA PILAH, 17 Julai (Bernama) -- Satu-satunya syarikat yang membangun dan memperkenalkan produk yang berasaskan lintah, www Art Soulist Agrotech Sdn Bhd, berhasrat untuk memasuki pasaran United Kingdom (UK) pada tahun depan.
Pengarah eksekutifnya Asmadi Awang berkata syarikat itu akan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat di negara itu tidak lama lagi untuk membekalkan ekstrak lintah dalam bentuk cecair.
"Untuk permulaan, kita akan menghantar satu tan ekstrak cecair berkenaan yang dianggarkan bernilai RM9.3 juta ke negara tersebut," katanya kepada Bernama selepas perasmian 10 kolam ternakan lintah komersial Aquaagro Enterprise oleh anggota Dewan Undangan Negeri Johol Datuk Roslan Md Yusof di Kampung Dingkir, Inas, Johol dekat sini, baru-baru ini.
Pada majlis yang sama, Asmadi turut menyerahkan MoU di antara Art Soulist Agrotech Sdn Bhd dengan syarikat vendornya, Aquaagro Enterprise, kepada pengurusnya, Arifin Abdul Jalil.Art Soulist Agrotech Sdn Bhd mula beropersi pada tahun 1999 dengan matlamat utama untuk mempelopori pengekstrakan lintah khususnya untuk tujuan perubatan dan kosmetik. Hasil produk ekstrak berasaskan lintah itu terdiri dari cecair, serbuk dan minyak.
Lintah adalah produk asas syarikat tersebut manakala produk utama iaitu minyak lintah tapa telah mendapat sambutan di kalangan pengguna. Antara produk lain berasaskan lintah yang dihasilkan oleh syarikat itu ialah minyak krim, losyen, gel tapa, kopi tapa, kapsul tapa dan tapa ring. Asmadi berkata pada bulan lepas, syarikatnya telah memasuki pasaran Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea dan Jepun untuk produk siap iaitu minyak lintah tapa.
Beliau berkata syarikatnya menyasarkan penternakan lintah secara komersial sebanyak 1,000 kolam yang bakal diusahakan oleh 1,000 orang peserta pengusaha ternakan lintah komersial menjelang hujung tahun ini bagi menampung bekalan lintah yang semakin berkurangan sama ada di dalam negara mahu pun di luar negara.
"Setakat ini kita telah melahirkan 500 orang pengusaha dengan 400 kolam di seluruh negara," katanya.Katanya penternakan lintah secara komersial adalah merupakan pertama kali diadakan di Asia dan Malaysia khususnya.
"Perkembangan teknologi dunia perubatan dan kosmetik yang melibatkan haiwan eksotik seperti lintah bukan suatu perkara yang baru di negara Eropah dan ini merupakan satu peluang kami untuk menerajui bidang ini dan mengkomersialkannya di Malaysia dan Asia.
"Kami bukan sahaja ingin menjadi syarikat pertama dalam perusahaan ini tetapi juga kami ingin menjadi satu-satunya syarikat pengeluar lintah yang utama di peringkat Asia dan berkembang maju dalam keperluan bidang perubatan dan kosmetik.
"Adalah menjadi matlamat kami untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berjaya dalam bidang perternakan lintah melalui projek penternakan kontrak atau menggunakan sistem vendor atau pembekal lintah yang berdaftar kepada syarikat Art Soulist Agrotech Sdn Bhd," katanya.
Katanya konsep pembentukan vendor untuk komoditi basah keperluan syarikat seperti lintah, membantu melahirkan ramai usahawan dalam bidang penternakan, perladangan dan pertanian.
Katanya kegiatan agroteknologi secara tidak langsung memberi impak yang besar kepada bidang farmasiutikal, herbasiutikal, kosmesiutikal, industri bioteknologi, kontrak penyelidikan dan juga bidang pengeluaran.
Selaras dengan itu, katanya syarikatnya tampil merencanakan semua aktiviti ini dalam operasi syarikat untuk membangunkan taraf hidup masyarakat Bumiputera.
Sementara itu, Arifin, 48, berkata beliau mendapat pinjaman sebanyak RM30,000 dari Yayasan TEKUN Nasional untuk membiayai projek tersebut.
Anak jati Johol dan bekas pegawai bank itu berkata keadah ternakan lintah yang digunakan ialah pembiakan dan ternakan secara intensif di kolam tanah.
"Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan dalam pembiakan dan ternakan lintah iaitu sistem pembiakan secara semula jadi dalam kolam tanah dan bekas akuarium. Namun kaedah yang paling berkesan adalah melalui kolam tanah.
"Dianggarkan keluasan kolam tanah 1,200 kaki persegi dan kedalaman dua kaki. Sebanyak dua kilogram induk lintah dilepaskan di setiap kolam di mana anggaran benih yang dapat dihasilkan untuk seekor induk lintah adalah sebanyak 320 ekor.
"Proses pengawanan lintah mengambil masa selama 14 hari dan membesar sehingga lima hingga enam bulan. Selepas enam bulan dari kemasukan induk, lintah sudah sedia di tuai atau dipasarkan," katanya. Katanya Art Soulist Agrotech Sdn Bhd akan membeli dengan harga RM60 setiap sekilogram lintah dewasa daripada pengusaha lintah terbabit.

Monday, October 29, 2007
KOS PEMBANGUNAN KAWASAN PASTURA SEHEKTAR
contoh kawasan yang dibersihkan
Contoh kawasan yang sudah ditanam
A Kos Upah Membersihkan Kawasan RM/Hektar
1. Menolak pokok dan belukar 1000.00
2. Membersih & mengumpul akar kayu, batang & tunggul kayu memerun 600.00& membakar, mengumpul dan membakar semula sehinggamenjadi abu.
3. Penyediaan tanah, membajak 2 kali dan merotor 1 kali 940.00setiap perengkat pembajakan rehat 2 minggu
4. Menabur baja permulaan TSP sebanyak 250 kg/ha 150.00
5. Menyemai biji benih rumput 10 kg/ha & centrosema 2.5 kg.ha 150.00
6. Menyelengara kawasan selama 3 bulan selepas ditanam termasuk 250.00kerja-kerja menyulam semula, merumpai serta menabur baja UREAdan MOP pada kadar 250 kg/ha setiap jenis baja
Jumlah A 3,090.00
B Kos Bahan RM/Hektar
1. Benih rumput
Brachiaria decumbens RM 38.00/kgGuinea RM 41.00/kg
Harga : RM 26.00 / kgKuantiti : 10 kg/haKos/ha : 26.00 x 10 260.00
2. Kekacang
Harga : RM 7.00 /kgKuantiti : 2.5 kg/haKos/ha : 6.50 x 2.5 16.25
3. Baja Permulaan (Hanya TSP digunakan)
Harga : RM 950.00 metric tan - (RM1,400.00/mt)Kuantiti : 125 kg/haKos/hektar : 750.00 x 125 ÷ 1000 118.75
4. Baja Penyelengaraan (3 bulan selepas ditanam)
Jenis : UREAHarga : RM 750.00 /metric tan - (RM1,000.00/mt)Kuantiti : 125 kgKos/ha : 750 x 125 ÷ 1000 93.75
Jenis : MOPHarga : RM 650.00 /metric tan - (RM800.00/mt)Kuantiti : 125 kgKos/ha : 650.00 x 125 ÷ 1000 81.25
Jumlah B 570.00
C Kos Upah Memagar RM/Hektar
1. Kos Buroh
Upah mengali lubang dan menanam tiang pagar(jarak 10 kaki) tiap satu dan memasang dan menegangdawai duri (4 lapis) 2,320.00
2. Kos turus pagar
Harga : RM 6.00/batangKuantiti : 220 batang/hektarKos/ha : 6.00 x 220 1,320.00
3. Kos dawai duri
Harga : RM 200.00 (RM250.00/gulong ) 500 meter atau 1,500 kaki
1 Hektar = 107,636.76² ‘ - 328.08‘ sebelahan x 4 sempadan= 1,312.32‘ ukuran kelilingx 4 lapis dawai = 5,249,286‘ ÷ 1,500‘ / gulong dawai duri= 3.49 gulong / hektar
Kos/gulong = RM250.00
3.49 x 250.00 = RM872.50 875.50
Jumlah C 4,515.50
KOS KESELURUHAN : A + B + C
: RM 3,090.00 + RM 570.00 + RM 4,515.50
JUMLAH BESAR : RM 8,175.50
Note:( ) Harga pada Jun 2004Anggaran kos pembangunan tahun 2004Unit Agronomi & Pemakanan TernakanJabatan Perkhidmatan Haiwan Perak
Cara Tanam Rumput Napier Taiwan
Jawatankuasa kabinet susun semula agensi, akta pertanian
"Selamat tinggal penternak kecil-kecilan..."
SEREMBAN 28 Okt. - Kerajaan dicadang menubuhkan jawatankuasa kabinet di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menyusun semula institusi dan akta berkaitan sektor pertanian negara supaya rakyat dapat menghayati sektor pertanian sebagai satu perniagaan.
Selain itu, kurikulum vokasional pertanian perlu diwujudkan semula di sekolah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar, manakala aspek pertanian dimasukkan dalam modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Perkara itu merupakan antara cadangan yang terkandung dalam resolusi Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 selama dua hari yang berakhir di sini hari ini.
Resolusi itu juga mencadangkan diwujudkan syarikat-syarikat `anchor’ Melayu dalam bidang agrobisnes untuk merealisasikan harapan kerajaan menjadikan pertanian sebagai enjin ketiga industri negara, di belakang perkilangan dan perkhidmatan.
Institut Teknologi Pertanian Malaysia (ITPM) dengan dana khusus bagi tujuan memantapkan latihan pertanian untuk melahirkan kelas pertengahan Melayu berkemahiran dan terlatih dalam bidang pertanian, juga perlu diwujudkan.
Resolusi itu telah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tindakan susulan.
Terdahulu, Najib menutup konvensyen selama dua hari itu.
Najib berkata, resolusi itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bagi membolehkannya dibentangkan oleh Pengerusi Biro Pertanian UMNO merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.
Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO turut memberi jaminan bahawa resolusi itu akan dipertimbang untuk dijadikan dasar.
Anggota forum konvensyen itu melibatkan tokoh-tokoh pemikir Melayu yang menyumbang idea bagi membangunkan sektor pertanian dengan lebih agresif, antaranya tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz; Pengerusi World Halal Forum, Khairy Jamaluddin; dan kolumnis yang kerap menulis isu pertanian, Datuk Johan Jaffar.
Konvensyen pertanian peringkat nasional bertemakan “Melayu dalam Pertanian: Dulu, Kini dan Akan Datang,” yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran Biro Pertanian UMNO dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Resolusi Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 turut mencadangkan:
* Mewujudkan satu peruntukan bagi syarikat IKS Melayu (B2) di setiap tahap rantaian bekalan di dalam bidang yang berkaitan.
* Mencadangkan kerajaan memastikan pasaran yang kompetitif dan tidak membebankan pengeluar, pemproses, dan pengguna serta kondusif kepada pembangunan perniagaan orang Melayu.
* Menubuhkan satu badan (pusat sehenti) untuk membantu usahawan Melayu di dalam agrobisnes dan rangkaian bekalan terutama sekali untuk mengatasi monopoli oleh orang bukan Melayu dalam menembusi pasaran global.
* Mewujudkan satu pangkalan data berpusat yang dikemas kini secara berterusan untuk mengenal pasti keperluan sumber insan melalui pemantauan projek pertanian, merancang keperluan latihan dan mengenalpasti penggunaan sumber insan yang bersesuaian dengan mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber tersebut.
* Mencadangkan penjaminan kesahihan produk halal dari Malaysia dengan memastikan pematuhan kepada syarat-syarat syariah dari segi sumber, proses dan pengendalian seluruh rantaian dari ladang ke meja makan.
* Mencadangkan penambahan peruntukan bagi memperkukuh infrastruktur IKS Melayu untuk memenuhi keperluan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) supaya dapat meningkatkan tahap keselamatan makanan bagi menembusi pasaran eksport.
* Mencadangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau koperasi Melayu membangunkan pasar raya atau hypermarket dalam usaha untuk mewujudkan lebih banyak pusat pengedaran produk halal bagi mengatasi karenah pengurusan hypermarket yang sedia ada.
* Mencadangkan agar agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan usahawan Melayu perlu menceburi seluruh rantaian bekalan (supply chain) industri halal iaitu pengeluaran bahan mentah, pengeluaran produk, pengangkutan, penyimpanan dan pengedaran.
* Mewujudkan jaringan kerjasama antara GLC, institusi pendidikan kerajaan dan swasta dalam melahirkan tenaga mahir dan kepakaran di semua peringkat termasuk latihan kepimpinan, keusahawanan, pembangunan teknologi.
* Mewujudkan sekretariat tetap yang terdiri dari wakil-wakil agensi kerajaan dan ahli-ahli parti yang komited dan berdedikasi untuk merangka Strategi dan Pelan Tindakan ke arah merealisasikan Resolusi Konvensyen 2007 ini melalui penganjuran forum-forum dan diskusi panel pakar.
* Memperkasa semula Unit Penyertaan Bumiputra di setiap kementerian yang bertanggungjawab membangunkan industri pertanian, dan
* Menubuhkan sebuah perbadanan bagi pembangunan yang komprehensif bagi warga nelayan.
- Bernama

Sunday, October 28, 2007
PROSPEK PEMASARAN LINTAH
seekor lintah
"jangan ada sifat geli..."
Senario Bidang Penternakan Masa KiniTahukah anda yang penternakan lintah merupakan satu bentuk bidang penternakan alaf baru yang begitu hangat sekali pada masa kini...namun ia masih lagi baru dan namun potensinya masih belum di sedari oleh ramai orang. Ramai orang masih lagi berminat untuk menceburi bidang penternakan sedia ada seperti kambing, lembu, ayam & lain-lain, yang mana penternakan ini semua memerlukan modal yang tinggi dan tidak semua orang yang pergi berkursus akan mampu merealisasikan apa yang di pelajari semasa kursus. Dan ramai peserta akan mengeluh kerana modal yang tidak mencukupi!!!. Kebanyakan pinjaman dari pihak kerajaan dan intitusi kewangan hanya akan disalurkan apabila penternak-penternak berjaya mengeluarkan hasil atau pun selepas 6 bulan menternak maka cita-cita tinggal kenangan, makan gaji lebih baik!!!!!!!!Pemasaran LintahTahukah anda lintah boleh dijual dengan harga puluhan ringgit dan kos bagi menghasilkannya hanya sekitar RM 1000++???Tahukah anda dengan menternak hanya bermula 200 ekor induk dalam masa 5-6 bulan ia akan menjadi 16000 ekor dan mempunyai nilai sekitar RM 6000++.Jangan takut tentang pemasarannya..Pihak Agri Farm Resources memerlukan sekitar 1 Tan - 3 Tan setiap bulan untuk di pasarkan di dalam dan luar negara. Rebutlah peluang ini.
Perubahan Dalam Agensi Pertanian Mungkin Bakal Dilaksanakan
SEREMBAN, 28 Okt (Bernama) -- Perubahan dan penambahbaikkan operasi dalam agensi tertentu yang menguruskan pembangunan pertanian negara mungkin akan dilaksanakan bagi menepati hasrat kerajaan membangunkan sektor pertanian secara lebih berkesan.Dalam membayangkan perkara ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah ini perlu supaya agensi berkenaan akan lebih berkesan dalam menepati sasaran operasi mereka."Mengenang bahawa sektor pertanian mempunyai pengaruh yang kuat dalam membangunkan ekonomi negara, terutamanya dalam basmi kemiskinan dan meningkatkan taraf sosio ekonomi orang Melayu, kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi untuk menguruskan pembangunan pertanian yang lebih spesifik."Agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan rancangan tanah baru yang lain: dan agensi yang berorientasikan penyelidikan, perkhidmatan dan pemasaran seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dipertanggungjawabkan membantu menangani sebarang masalah dan kekurangan di kalangan petani dan nelayan kita."Sejauh manakah pencapaian agensi-agensi ini dalam membimbing dan membangunkan petani? Atau kita mahukan satu kajian semula dilakukan, penambahbaikkan, dirombak struktur dan operasinya, dasar dan fungsinya supaya agensi berkenaan akan lebih menepati sasaran dan sesuai dengan zamannya supaya masyarakat petani Melayu kita akan lebih terbela."Muhyiddin berkata demikian dalam ucaptama beliau bertajuk "Anjakan Paradigma: Dalam Transformasi Sektor Pertanian" di Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007, di sini hari ini.Beliau juga turut merasa hairan bagaimana Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) yang telah ditubuhkan sejak 1894 masih lagi gagal mengubah nasib nelayan."Sudah tiba masanya untuk kita merombak dan membuat penstrukturan menyeluruh sektor pertanian ini," katanya.Dalam mengevolusikan sektor pertanian negara, Muhyiddin yang juga pengerusi Biro Pertanian UMNO Malaysia berkata beberapa cadangan atau langkah boleh diambil oleh masyarakat petani dalam menambahkan lagi sumber pendapatan bulanan mereka."Sebagai contoh misalnya, mungkin kita boleh rancangkan satu program yang dipanggil "Pelan Keluar" untuk pesawah padi menukar tanaman mereka kepada kelapa sawit bagi projek "biofuel" negara yang lebih menguntungkan petani"Muhyiddin berkata langkah ini secara tidak langsung boleh melonjakkan pembangunkan sektor pertanian negara maju ke hadapan daripada mundur, miskin dan ke belakang.Beliau juga berkata cadangan atau langkah ini tidak perlu disalah erti dengan menyifatkan: "Ia sekadar untuk membuat provoksai minda masyarakat Melayu."-- BERNAMA
Pasaran Luar Negara Cabaran Utama Asas Tani
SEREMBAN, 28 Okt (Bernama) -- Syarikat-syarikat besar dalam industri perladangan dan asas tani serta para usahawan kecil-kecilan yang dibantu mereka, perlu memahami bahawa cabaran utama adalah pemasaran produk di luar negara, kata Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd, Datuk Abdul Wahab Maskan hari ini.Beliau berkata memandangkan Malaysia bukanlah sebuah pasaran yang besar, beliau merasakan syarikat-syarikat berkenaan atau para petani sendiri itu perlu melakukan nilai tambah terhadap produk bagi memastikan sumbangan kekayaan yang diperoleh daripada aktiviti itu akan berterusan dalam negara."Cabarannya ialah lebih kepada pasaran luar negara dan separuh daripadanya (permintaan luar negara) tidak dapat dilaksanakan oleh usahawan Melayu," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada bengkel yang bertajuk Pertanian Adalah Perniagaan, yang diadakan sempena Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 di sini.Beliau berkata selain daripada mematuhi piawaian yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu produk, mereka juga seharusnya menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan bagi mendapatkan benih yang baik.Abdul Wahab berkata dari segi penanaman, sesebuah syarikat besar memerlukan sebahagian daripada hasil tani yang bermutu tinggi untuk pemprosesan."Sebahagian daripada hasil tani itu juga akan turut dikendalikan oleh usahawan tani yang mempunyai minda baru (untuk meningkatkan rantaian nilai pertanian). Tetapi proses ini mesti mengikut kaedah yang ditetapkan syarikat besar tersebut," katanya.Bagaimanapun beliau menyarankan supaya satu strategi diadakan supaya syarikat besar tersebut tidak memintas jalan dan mengaut keuntungan daripada usahawan yang dibantu."Kita mesti mencari jalan supaya kedua-duanya jalan seiring. Kalau tidak, kita akan hilangan keseimbangan, dan akan masuk kawasan orang lain. Kalau boleh yang besar janganlah masuk kawasan yang kecil," kata beliau.-- BERNAMA
Thursday, October 25, 2007
Usaha Ternak Kg Bertam Kuala Lipis
Kawasan yang perlu diterangkan
perlu diterangkan mengunakan jentolak dan menanam napier
Kawasan ini mempunyai anak sungai, jalan, kebel elekterik
Kawan saya telah berjaya memohon gunapakai tanah rizab haiwan milik Jabatan Haiwan daerah Lipis. Oleh itu, untuk mengusahakan tanah seluas 20 ekar tanpa berkongsi dengan penternak yang mempunyai modal dan berpengalaman adalah adalah sangat sukar. Justeru itu beliau memohon kepada yang berminat untuk mengusahakan bersama (kongsi) kawasan tersebut bolehlah menelefon no berikut Ab Rahman bin Shariff Tel 09 3401128.
Tuesday, July 3, 2007
Sunday, July 1, 2007
Sunday, June 24, 2007
Potensi Ikan Puyu
Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.Persekitaran Ala 'Resort' Seorang usahawan Melayu tempatan di Melaka gigih mengusahakan ternakan ikan puyu secara komersil.Tapak projek ternakannya terletak lebih kurang 14 kilometer dari pekan Alor Gajah, iaitu di Kg Baru Taboh Naning, Jalan Taboh Naning, Melaka. Syarikat Sempadan Gemilang Enterprise milik Encik Amir bin Haji Asran terletak di kawasan perkampungan yang di sekitarnya terdapat pokok buah-buahan seperti pisang dan rambutan. Rumah banglo dua tingkat yang dibina sendiri Encik Amir dikelilingi pokok kelapa, pokok palma, pokok bunga kertas dan bonsai menyerlahkan keindahan persekitaran landskap rumah beliau. Pokok-pokok ini meredupkan kawasan sekitar tapak di samping menjadi sempadan antara kolam-kolam ikan.Pencetus Semangat Minat untuk berniaga sendiri telah timbul seawal beliau berumur 17 tahun. 20 tahun selepas itu, Encik Amir boleh berbangga kerana beliau merupakan salah seorang pelopor dalam bidang ternakan ikan puyu di negeri Melaka.Sejarah Encik Amir berniaga sendiri bermula dengan menjual buah-buahan selepas tamat tingkatan lima. Minat yang mendalam untuk menjadi usahawan berjaya menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pendidikan formal ke peringkat STPM.Sebagai permulaan, beliau berhijrah ke Brunei. "Nak melihat negeri orang", ujar Encik Amir ringkas.Selama 4 bulan di Brunei, banyak ilmu dan pengalaman diperolehi beliau. Melihat orang Brunei hidup senang dengan usaha sendiri tanpa bantuan subsidi dari kerajaan telah membakar semangat beliau. Kesenangan dan kejayaan yang dicapai hari ini adalah dengan usaha sendiri. Usaha lebih akan menghasilkan ganjaran yang lebih. Melihat orang lain hidup senang dan berjaya telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan sendiri.Permulaan yang SederhanaDengan bantuan isteri beliau, Puan Hajijah binti Haji Abdul Wahid, Encik Amir memulakan projek ternakan ikan puyu pada tahun 1994.Tanah seluas 4 ekar milik keluarga dibeli dan dijadikan sebagai tapak projek. Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM20,000 beliau memulakan projek dengan sebuah kolam bersaiz 40' X 80'.Tapak projek dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik, telefon dan sistem perparitan yang sempurna.Untuk sampai ke tapak projek bukanlah satu masalah kerana ia boleh dihubungi oleh semua kenderaan darat melalui jalan raya utama. Kini, terdapat 12 buah kolam tanah dan 18 buah kolam konkrit. Kolam-kolam ini digunakan untuk penetasan benih ikan, penternakan dan penghasilan induk ikan.
Potensi Ikan Puyu
Mengapa agaknya Encik Amir memilih ikan puyu untuk dikomersilkan? Berpotensikah ia? Ikan puyu (Climbing Perch) atau nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Melihat ikan puyu di dalam kolam dan sangkar penetasan mengundang pelbagai persoalan. Mampukah ikan sekecil ini menarik minat pembeli? Berjayakah ia jika dikomersilkan secara besar-besaran? Saiznya yang kecil dan warnanya yang gelap begitu jauh sekali dengan ternakan aqua-culture yang lain. Bila melihat keadaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah perusahaan ini akan berjaya."Walaupun rupanya kurang menarik, tetapi rasanya sedap!", tegas Encik Amir. Memang ramai yang kurang sedar bahawa rasanya yang sedap dan isi yang lembut telah menarik permintaan yang tinggi dari pemborong dan pembeli. Ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api ataumasak sambal.Kini, Encik Amir mampu mengeluarkan 250,000 benih ikan puyu sebulan berdasarkan permintaan pelanggan. Induk ikan puyu diperolehi daripada kawasan paya setempat selain diambil dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Anak ikan betina dijual dengan harga 30 hingga 40 sen seekor, manakala anak ikan jantan dijadikan induk. Selepas 4 atau 5 bulan, ikan-ikan mampu mencapai tempoh matang dan seberat sehingga 250 hingga 300 gram seekor, telah sedia untuk dipasarkan.Bantuan KewanganPada tahun 1999, Encik Amir berjaya memohon pinjaman kewangan sebanyak RM75,000 daripada Bank Pertanian Malaysia melalui kemudahan Tabung Untuk Makanan (3F) untuk membiayai perbelanjaan semasa ke atas projek ternakan di samping meningkatkan prestasi syarikat melalui perancangan-perancangan yang telah dirangka.Selain memberi bantuan kewangan, Bank Pertanian Malaysia turut mengawasi projek yang dijalankan. Pegawai-pegawai Bank Pertanian juga seringkali mengunjungi tapak projek bagi tujuan pemerhatian dan pemantauan. Encik Amir berkata bantuan dari Bank Pertanian Malaysia banyak membantu beliau dalam memperkembangkan ternakan ikan puyunya. Bank Pertanian telah membuktikan peranannya dalam membantu usahawan-usahawan kecil tempatan seperti beliau sendiri.
Usahawan Berwawasan
Setelah hampir 10 tahun bergiat dalam projek ternakan ikan air tawar ini, Encik Amir berharap agar segala titik peluhnya terbayar melalui kepuasan hati pembeli dan pelanggan-pelanggannya. Beliau turut bersedia memberi nasihat dan menjadi konsultan kepada pengusaha-pengusaha yang ingin menceburi bidang ini. Di samping mengusahakan ternakan ikan puyu, beliau turut menceburi bidang landskap, membuat pelan kolam serta menjual pokok bunga. Usaha dan wawasan Encik Amir wajar dijadikan contoh kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan sendiri.
Friday, May 18, 2007
Pertandingan Memancing Terbuka
Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis
Menganjurkan Perandingan Memancing Sempena Peringatan Hari Polis Ke- 200
Bertempat di Kolam Kampung Melaka Khecau Padang Tengku Kuala Lipis Pahang
Tarikh : Pada 10 Jun 2007 (Ahad) 0900 hingga 01.00 petang
HADIAH PERTAMA : RM 8.000.00
HADIAH KEDUA : RM 3.000.00
HADIAH KETIGA : RM 1.000.00
4. 500.00 11. 80.00 1 Cabutan Hadiah Motosikal
5 200.00 12. 80.00 20 cabutan hamper
6 100.00 13. 80.00
7 100.00 14. 80.00
8 100.00 15. 80.00 TIKET RM 80.00
Syarat-syarat Pertandingan

- Katogori Berat
- Spesis Tongsan tidak layak menang hadiah utama
- Pelampung tidak dibenarkan
- Terbuka kepada semua golongan (Terbuka)
- Bebas terkena mana-mana bahagian ikan
- Satu pancing perambut bebas kecuali:
- Mata cabang tiga
- Perambut Apollo
- Mata cabang tiga dilarang
- Berhak memenaggi seberapa hadiah
- Pancing hendak dibawa sekali semasa di timbang sebelum siren penamat
- Usus haiwan dilarang
- Bantahan mesti disertakan RM 100
- Ikan yang layak hadiah utama tidak boleh memenangi hadiah sepsis
- Sekiranya pemancing melanggari syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak penganjur
berhak membatalkan penyertaan anda.
- Keputusan pengadill adalah muktamat
Untuk keterang lanjut hubungi 019 9626451 013 9110066 09 3121109

Saturday, May 12, 2007
Potensi Ikan Haruan
Wan Yusof Zakaria Pengusaha Cheroh Aquatik Sdn Bhd
MENGURANGKAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN
"Penemuan kami menunjukkan bahawa haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan," katanya.Beliau berkata dari ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.Prof Abdul Manan berkata penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia, yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan, dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.Beliau berkata lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.Prof Abdul Manan berkata penemuan ini memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu."Penemuan awal mengenai khasiat anti bakterianya amat mengagumkan dan kami sedang menumpukan kepada spesies yang boleh dihubungkan dengan penyembuhan ulser perut ke atas haiwan dan manusia," katanya.
MAKANAN TAMBAHAN KESIHATAN BERASASKAN HARUAN
"Isinya yang putih, pejal dan tidak bertulang sudah pasti menjadikan haruan satu bentuk makanan serta makanan tambahan yang menjanjikan," kata Prof Abdul Manan.Beliau berkata ikan haruan mempunyai potensi untuk industri makanan kesihatan kerana ia boleh dijadikan bebola ikan, sosej, salami atau filet."Saya berharap untuk melihat haruan sebagai ikan yang boleh diguna secara meluas dalam kehidupan seharian kita dan secara komersial. Kita sepatutnya dengan bangga meletakkan haruan pada paras yang setidak-tidaknya sama dengan salmon atau trout," kata Prof Abdul Manan dan menambah kata beliau sedang melihat kemungkinan untuk memperkenalkan haruan sebagai satu komponen klinikal.Prof Abdul Manan memenangi pingat gangsa Anugerah Mindex-Innotex untuk produk penjagaan kulit berasaskan haruan pada 1996 dan satu lagi pingat gangsa daripada Institut BioSains UPM pada 2004.
PERMINTAAN TINGGI
Manakala Ketua Eksekutif Cheroh Aquatic Sdn Bhd, Wan Jusoh Zakaria, dari Raub mengakui khasiat ikan haruan memang diketahui umum dan ia mendapat permintaan tinggi di kalangan penduduk berbanding bujuk dan toman.Beliau mengakui hanya haruan jenis biasa bersaiz antara 300 dan 500 gram dan yang hidup di habitat semula jadi paling digemari orang ramai.Wan Jusoh berkata pasaran ikan atau benih ikan haruan terutama di kalangan penternak dari dahulu hingga sekarang amat menggalakkan hingga kadang-kadang tidak mencukupi.Bagaimanapun tidak ramai pengusaha yang berjaya menternak ikan haruan secara komersial kerana ia memerlukan kepakaran yang tersendiri tentang ikan itu."Selangor merupakan pengeluar terbesar ikan haruan secara komersial dengan Rawang banyak menghasilkannya," katanya.Wan Jusoh juga mengakui bahawa permintaan tempatan untuk ikan haruan mencapai jumlah puncak yang baru seperti yang dapat dilihat dengan permintaan yang memberangsangkan untuk filet haruan oleh masyarakat Malaysia.
Wednesday, May 9, 2007
Harga Keli dan Bahan/Pallet Makanan
Ikan keli
KELI mirip ikan baung (Mystus spp.) atau semilang laut (Plotosus spp.). Spesies ini terkenal tahan lasak dan mampu hidup beberapa jam di darat tanpa air. Keajaiban ini kerana terdapat organ ‘arboresen’ yang membolehkannya bernafas tanpa air, asalkan insangnya berkeadaan lembap. Terdapat beberapa spesies keli yang popular dan mendapat tempat sebagai ternakan komersil. Antaranya, keli kayu (Clarias batracus), keli bunga (Clarias macrocephalus) dan keli eksotika (Clarias gariepinus). Paling popular keli eksotika kerana ia mudah diternak secara komersil. Namun, bagi keli kayu atau bunga sukar diperoleh kerana habitatnya di sawah padi, parit, tali air, tasik atau anak sungai. 1. Sifat - Berbadan bulat tanpa sisik. Kulit berwarna coklat tua atau gelap. Bermata sepet, kecil serta dilengkapi dua sengat berbisa sebagai alat mempertahankan diri. Keli bermisai lebat dan lebih cantik daripada tapah (Wallago spp.) yang bermisai jarang, kusut masai dan tidak terurus. Ia dikelaskan sebagai ikan demersal yang karnivor bermulut lebar. Gemar menyendiri dengan membenamkan diri dalam lumpur atau lubang tanah di tebing batas padi. Tabiatnya hampir sama dengan tapah, bujuk (Channa lucius), ketutu (Oxyeleotris marmoratus) atau ikan sebelah laut (Pseudorhombus spp.). Ia hanya keluar dari kubu persembunyian untuk mencari makan atau menghirup udara (oksigen) segar di permukaan air. 2. Pemakanan - Di habitat asal ia membaham apa saja sama ada anak udang, ikan kecil, cacing tanah atau serangga. Keli turut menjadi sumber pemakanan kepada pemangsa lain yang lebih perkasa seperti tapah (Wallago spp.) atau toman (Channa micropeltes). 3. Habitat - Ia lebih menggemari lubuk tenang dengan dasar berlumpur sebagai sarang. Lazimnya, keadaan air pH7 dengan keliatan 12 adalah paling sesuai. Bahkan, ia boleh hidup selesa pada suhu air persekitaran 28 darjah selsius dan mampu membesar sehingga lebih 35 sentimeter. 4. Lokasi - Lubuk, paya, anak sungai atau tasik berair tenang menjadi pilihan keli bersarang. Ini kerana sifatnya tidak gemar bergerak seperti ikan kap kepala besar (Aristichthys nobilis), ikan mas (Carassius auratus) atau sia (Mystacoleucus marginatus). Di Pahang, ia boleh ditemui di serata tempat terutama di sawah padi di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Bahkan, ia mendiami Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Serting. 5. Pembiakan -Di habitat asal ia menjalani pembiakan semula jadi di paya, tasik atau lombong terbiar. Pembiakan keli tidak sukar. Justeru, banyak pusat penetasan muncul menjalankan aktiviti ini. Proses ini boleh dilakukan melalui kaedah aruhan atau pengambilan kelenjar pituitari. Kaedah aruhan dilakukan dengan menyuntik induk matang dengan hormon ovaprim atau hormon korionik gonadotropin (HCG). Suntikan dilakukan bertujuan mempengaruhi berlakunya proses ovulasi, iaitu penceraian sarung sel ovum. Kaedah pituitari dilakukan dengan memotong kepala induk jantan atau betina untuk mendapatkan kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak. Ia perlu dilakukan dengan lebih teliti sebab memkhinzirtkan kemahiran teknikal tinggi. Semua kaedah ini banyak dilakukan di Pusat Pengembangan Akuakultur Perikanan Bukit Tinggi, Bentong untuk menghasilkan benih keli bermutu. 6. Menangkap - Banyak kaedah menangkap keli boleh dilakukan. Paling mudah, menggunakan pancing, jaring, bubu umpan, serkap atau memedap. Untuk memancing, umpan cacing tanah paling mustajab. Ini berikutan di habitat asal pun ia mengorek lubang untuk memburu cacing selain sebagai tempat kediaman. Penggunaan jaring sesuai di tali air, paya, tasik atau lubuk. Jaring tangsi ditahan di sepanjang tebing dan biarkan semalaman. Lazimnya, keli lebih aktif waktu malam dan ia mula keluar memburu makanan dengan menyusur tebing lalu tersangkut pada jaring. Bubu berumpan anak sepat bakar atau ikan baja sesuai digunakan di tasik atau lubuk dalam. Bau sepat bakar atau ikan baja mampu membangkitkan seleranya untuk membaham umpan dihidangkan. Cara ini bukan saja keli yang terperangkap, bahkan baung, ketutu, belut (Monopterus alba) atau udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Sementara serkap dilakukan di sawah padi ketika air dikeringkan. Kaedah ini begitu popular dan banyak diamalkan petani di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 7. Pemuliharaan sumber - Keli asli (liar) mengalami kepupusan serius. Selama ini ia mudah dijumpai di sawah padi, tali air atau dipancing di parit tepi jalan, kini terlalu sukar ditemui. Keadaan ini berlaku akibat penggunaan racun serangga secara meluas tanpa kawalan oleh petani sekali gus menyebabkan banyak ikan sawah seperti keli, sepat (Trichogaster trichopterus), puyu (Anabas testudineus), haruan (Channa striatus) atau sepilai (Betta pugnux) terkorban. Sepatutnya, teknik ternakan ikan dalam sawah padi untuk menangkis serangan serangga perlu diamalkan secara bijak. Anak ikan kecil boleh dilepaskan sewaktu petak sawah mula dimasukkan air. Ikan ternakan (keli, sepat atau puyu) akan bertindak memakan serangga sekali gus mengawal perosak. Di samping itu, pesawah juga dapat menikmati hasil tuaian padi bersama ikan. 8. Resipi - Paling tersohor ialah keli masak goreng berlada. Resepi ini sering dijual di kedai makan serata tempat. Keli goreng berlada mampu mencecah RM2.50 hingga RM3 seekor berbanding harga basah hanya RM5 sekilogram. Tetapi keli percik paling popular sepanjang Ramadan dan mendapat permintaan tinggi. Tidak kurang popular keli gulai lemak masak tempoyak. Untuk membangkitkan aromanya masukkan sedikit daun kesum atau bunga kantan. Bau harum bunga kantan atau daun kesom mampu menaikkan selera mereka yang tercium baunya. Bagi masakan moden, keli panggang ala Thai paling istimewa. Bahan yang sering
Tuesday, May 8, 2007
Pertanian dan Realiti Sebenar
Bidang pertanian boleh dikatakan sebagai bidang yang mudah dipelajari dan diparktikan. Bidang ini tidak sesukar bidang-bidang lain yang memerlukan kemahiran tinggi dan ketelitian yang mendalam. Namun, hakikatnya bidang ini tidak dapat lari daripada bidang lain -lain yang berkaitan, iaitu bidang perniagaan.
Jika ingin mencipta kekayaan dalam bidang pertanian, kita harus mendalami bidang pengurusan dan pemasaran. Di Malaysia, kebanyakan petani bumiputera dikategorikan sebagai golongan miskin, sedangkan petani bukan bumiputera mempunyai pendapatan yang lebih baik, malah terdapat dalam kalangan mereka yang mampu mencapai status orang kaya.
Sebenarnya, bidang pertanian tidak banyak bezanya dengan perniagaan konvensional yang lain. Ianya memerlukan perancangan, modal, pemasaran, pengurusan, aliran tunai, dan faktor-faktor lain. Sering kali timbul keadaan yang mana orang tengah yang lebih berkuasa dalam menentukan pasaran dan tidak perlu bersusah payah seperti penternak dan petani yang membanting tulang empat kerat.
Untuk menyelesaikan masalah pemasaran adalah dicadangkan agar kerajaan menubuhkan Badan Pemasaran Produk Pertanian secara lebih menyeluruh dan profesional. Sebelum kita bercakap tentang pulangan yang lebih baik dalam perniagaan pertanian, kita harus bercakap soal pemasaran terlebih dahulu; mengenal pasti sumber bekalan dan mengenalpasti permintaan. Badan-badan pemasaran pertanian, sebenarnya harus mengambil langkah proaktif, dengan mendekati para petani, menjadi mentor dengan memberi nasihat dan pandangan. Paling utama menjalankan kerja-kerja pemasaran untuk mereka. Kerana kebanyakan mereka yang kita maklum bukan dari golongan yang berpendidikan tinggi. Mereka masih lagi tidak mahir berkenaan dengan pemasaran. Sungguhpun mereka mempunyai semangat yang tinggi dalam pertanian.

Keli dalam Kanvas
Ternakan ikan keli ini diusahakan oleh penduduk kampung Beralas Padang Tengku dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Lipis. Ikan keli ini merupakan ikan yang diurus mengikut kehendak Jabatan Pertanian dengan memberi jadual permakanan yang telah ditetapkan dan juga bersih mengikut produk halal. Harga telah ditetapkan atau menghubungi terus pengurus pemasarran;
hubungi...!
En Ismail tel : 012 9048345 atau, e-mel nanzl@yahoo.com.my
Subscribe to:
Posts (Atom)